Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Dengan ini saya ingin mengumumkan serta mewar-warkan bahawa blog saya telah dianugerahkan PR2 oleh Yang Berbahagia Prof Datuk Seri Dr Google (apa yang aku merepek ni huhu).Beliau secara rasmi mengumumkan PageRank update di seluruh dunia pada sekitar tarikh 27 dan 28 June 2011.

Aku sebenarnya tak perasaan update terbesar Google ni cuma bila mana aku terbukak satu forum IM terkejut mendengar berita update tersebut maka aku pun terus check PR blog aku berdasarkan SEO tool bar yang aku dah install kat browser.Maka officially blog aku dah PR 2 hoho harap next update leh PR3 hohoho!

Err macam mana aku leh dapat PR2 ni haha jangan tanya aku.Tanyalah pada pakcik Google hoho.Tu pun kalo dia nak abaq.Apa yang aku buat hanyalah blog commenting semata-mata.Singgah blog orang pastu bagi komen.Dah tu aku takla kerap sangat buat blog commenting ni.Tengok pada tahap kerajinan aku ja.Kalo aku rasa nak komen aku komen.Kalo tak aku jadi silent reader ja hohoho!!

Dalam sebulan ada la kot 2 kali aktiviti besar-besaran blog commenting.Maksud aku aktiviti besar-besaran adalah dengan singgah sebanyak mungkin blog yang aku dah sedia follow atau pun baru nak follow dan bagi komen.Sekali aku buat aktiviti blog commenting ni mau makan 2 hari jugak nak settle sebab blog list yang aku dah book mark sangat banyak.Sapa yang penah singgah blog aku ni maka aku akan bookmark dan singgah balik huhu.

Dan bila aku singgah sesuatu blog maka aku akan baca dan tinggalkan komen yang relevan.I’m not a spammer! Huhu! Atau pun backlink hunter! Tempek komen ntah hape-hape pastu blah sekadar nak backlink je huhu.Kalo aku tak buat aktiviti blog commenting maka bila mana aku singgah, aku just silent reader je huhu.Ntah kadang-kadang jari ni malas nak menaip huhu.

Akhir kata thanks to Pakcik Google huhu.Next update bagi lagi PR ye huhu.Boleh la aku riki2 cari peluang revenue tambahan huhu.Dan apa pula PR blog anda?? Kongsi-kongsikan huhu

Facebook comments: