model gitar
Yaa salam semua dah lama sungguh aku tak update blog ye dek kerana atas kesibukan dan pengurusan masa yang tak sebetulnya menyebabkan blog ini terhenti seketika dari mengupdatekan diri.Ya kini aku kembali untuk mencoretkan segala isi hati yang terpendam selama mana aku tak update blog huhu~ So kalo anda lihat aimannajmy dot com kini telah pun bertukar wajah.Kalo anda merupakan pengikut setia blog ini maka anda akan perasan yang blog ini sudah bertukar theme untuk kali yang ketiga hhehe.So pendek kata setiap tahun blog ni akan bertukar theme.Dan aku rasa theme kali ini lebih bersifat professional, at least pada pandangan akulah huhuhu~

Dan suka citanya dimaklumkan, lagu baru Sayugia akan dilancarkan pada masa terdekat serentak dengan pelancaran website sayugia dot com iaitu website rasmi di mana disitulah terdapat segala produk terkini Sayugia.Dan walaubagaimanapun blog ini tetap memperihalkan tentang dunia Sayugia sebab akulah mastermindnya huhu.Dan dalam tempoh aku menyepikan diri aku banyak menumpukan kerja-kerja online aku disamping aku banyak menghabiskan masa di studio untuk menyiapkan lagu terbaru Sayugia.Walaupun hanya satu lagu atau single terbaru, tapi masa yang diperlukan agak lama kerana bandmates Sayugia juga busy dengan kerja masing-masing dan nak berkumpul bersama untuk merekod lagu perlukan komitmen yang jitu.

So lagu terbaru sayugia actually dah 100% siap dan tunggu masa sahaja nak release, tapi memandangkan nak release sekali dengan website sayugia so take time sikit.Harap bersabar ye.Diharapkan dengan terbitnya lagi terbaru Sayugia akan mengubat rindu para peminat sekalian hehe.Lagu terbaru Sayugia akan menampilkan sedikit kelainan daro segi vokal.. Kelainan apakah so kena tunggu dahulu hehe.

Berbalik kepada isu theme baru blog ni.So theme ni aku amik masa 2-3 hari gak la nak modified itu ini dan penambahbaikan dari segi content dan susun atur icon-icon tertentu.Aku juga menambah ruang perkhidmatan atau servis yang aku tawarkan.Page servis itu baru peringkat beta dan pengenalan sahaja dan akan diupdate kepada penerangan yang lebih terperinci.So sila lihat page perkhidmatan ini untuk mengetahui servis apakah yang ditawarkan oleh aku buat masa ini atau hover saja cursor anda itu ke menu perkhidmatan untuk melihat servis yang ditawarkan.

So apa pendapat anda tentang theme baru blog ini? Adakah semak mata memandang atau simple sahaja? Sebarang komen atau penambahbaikan dialu-alukan.Tapi pada aku, aku dah nampak OK dah.. aku suka yang simple-simple sahaja~ Hehe.. Kepada yang bertanya kenapa tak update blog, so pasni dengan tempeknya theme baru maka aku dengan bersemangatnya akan cuba produce artikel-artikel yang menarik untuk dibaca hehe.. Sekian.

Facebook comments: