Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Mak aihh lama pulak aku tak update huhu.Alasan standard biasala aku ada keja len penting kena settle huhu.Err montaj video Sayugia Studio masih belum siap.Sabaq noh huhu.Cam biasa setelah membebel perkara yang takdak kena mengena ngan topik baru lah aku masuk bab tajuk kat atas.

Setiap bulan malah saban minggu mesti ada ja produk terbaru yang dikeluarkan oleh penggiat-penggiat dalam dunia IM sama ada tempatan mahupun antarabangsa.Macam-macam claim dibuat.Kaedah terbaru, teknik terhangat, rahsia 8.0, modul success, blueprint baek punya dan beberapa lagi sekadar contoh.Dah tu setiap ayat dalam surat jualan dihasilkan dengan cara untuk meracuni fikiran anda untuk membelinya.

Sebagai newbies dalam bidang ni, aku sememangnya jarang sangat riki-riki atau pun cuba-cuba nak amik tau tentang segala produk-produk terbaru yang dikeluarkan.Bagi aku ‘hype’ yang dijelmakan dalam setiap e-produk IM tu mampu meruntun jiwaku ini untuk membelinya hehe.Sebab rasa ingin tahu apa method yang digunakan sangat tinggi.

Menurut ‘orang lama’ dalam industri ni, produk-produk ni semua balik-balik pusing kot tu ja, pi mai pi mai tang tu.Lain orang lain cara.Tapi berpandukan pada matlamat yang sama iaitu mengharap ROI dan rate conversion yang tinggi.Setengah pemilik produk tu menjual cara yang sama atau pun method yang kita dah tau pastu dia cuma ‘twist’ sikit saja pada content produk.

Nampak macam eh kaedah baru ja padahal cara yang sama juga yang dijual sebelumnya oleh pemilik-pemilik produk yang lain.Pastu nak bagi cam mahai sikit ada la rebranding balik kaedah tu cam yang aku sebut tadi, modul A, teknik B, blueprint C, kaedah D, pakar E dan macam-macam lagi penjenamaan semula produk tu.Dah tu nak bagi lain dari yang lain ada bonus itu bonus ini, online support, letak gambaq penah bersama otai-otai IM dan pelbagai lagi ‘hype’ yang digunakan semaksimum mungkin untuk mempengaruhi urat saraf jari anda untuk klik transfer duit dan beli produk.

Penah tak anda alami situasi camni.

Situasi 1

Anda dah baca surat jualan dengan penuh konsentrasi, segala ‘hype’ ditaburkan ke dalam jiwa anda sebaik mungkin, pastu dalam hati anda berkata ” Wahh ni cam benda baru ni, cam lain ja kaedah XYZ ni” Maka anda pun beli.Pastu bila dah abih baca e-produk tersebut seraya anda berkata ” Demmit!! Ciss!! Kaedah ni aku dah tau, haddoii! baca sales letter cam kaedah lain dari yang lain! “

Situasi 2

Anda dapat e-book free dari forum atau bonus dari produk anda penah beli dulu.Anda tak baca pun.Yela salu benda free malas sikit nak baca huhu.Tambahan kalu e-book versi English.Tiba-tiba satu hari anda teringin nak baca.Maka anda pun bacalah.Dah abih baca seraya anda berkata “Damn! ape hal content sama ja dengan e-book versi BM yang aku beli mahal dulu, padahal kaedah ni aku boleh tau dengan free je!”

Situasi 3

Situasi ni sama dengan situasi 1. Cuma lepas lepas ja anda abih baca, seraya anda berkata “Wah ni memang kaedah baru ni, aku tak penah tau lagi dan tak penah baca kat mana-mana ebook sebelum ni! Terbaek ah! Berbaloi-baloi! ”

Situasi 4

Katakan anda dah beli ebook pasal adsense.Anda pun dah cuba-cuba buat apa yang di suruh.Dah lama cuba belum nampak hasil yang memuaskan.Pastu pulak tetiba mai pulak kaedah baru adsense yang mana ‘hype’ nya lagi dasat dari ebook yang anda penah beli dulu.Disebabkan ebook yang penah anda beli dulu cam tak berapa hasil kaedahnya (sebab anda tak fokus dan buat betul-betul), anda pun beli pulak lagi.Dah abih baca sekali tengok kaedah lebih kurang same.Pastu anda pun cam dah fed-up.Kluar pulak e-book pasal affliate yang incomenya lagi dasat dari adsense.Maka anda pun beli lagi lah pulak sebab nak  try cuba affliate pulak, padahal kaedah adsense belum lagi abih fokus buat betul-betul.Last-last adsense ke hulu affliate ke hilir.Dua-dua tak menjadi.APE PUN TAK BOLEH! Dek kerana ‘hype’ produk yang melampau satu hape pun anda tak fokus buat.

Kesimpulannya aku dapati ‘hype’ e-produk IM dalam sales letter merupakan resipi atau racun utama untuk menggoyah hati dan meruntun jiwa para pembeli.Mereka yang newbies ataupun baru saja nak cuba-cuba mendalami bidang ni selalunya akan terjebak dengan ‘hype’ e-produk sebelum akhirnya menyesal kerana membeli produk yang sudah sedia maklum inti patinya.

Aku sendiri walaupun dah setahun lebih mendalami bidang ni akan mudah teracun dengan ‘hype’ e-book/produk disebabkan perasaan ingin tahu sangat tinggi adakah kaedah itu kita sudah cuba atau belum.Akhir kata nasihat aku sila fokus terhadap sesuatu kaedah dulu sampai berjaya dan kaji sedalam-dalamnya what’s behind all this industry.

Katakan contoh anda ingin mendalami dunia affliate, maka kaji lah abih-abih mengenai bidang tersebut dan try error apa yang berlaku sebelum anda nak cuba-cuba benda lain pula.Dan bila mana kuar je produk baru mengenai affliate.Dalam kepala otak anda dah tu segalanya A-Z mengenai affliate dan anda dah tahu pemilik produk hanya nak share pengalaman dia buat affliate dengan kaedah yang anda sedia maklum.

Akhir kata sudah menjadi satu kewajipan sesuatu surat jualan memberikan ‘hype’ yang melampau untuk melariskan produk.Terpulang pada anda untuk terpengaruh atau tidak.

 

 

 

Facebook comments: