mattcutts

Sedar tak sedar dah 8 bulan lamanya PR tak berupdate.. last update rasanya pada Februari lepas.. adakah PR sudah menemui jalan noktahnya? adakah PR nanti sudah menjadi memori buat link seller? adakah Google saja buat surprise dan update setahun sekali? adakah nanti PR sudah tidak relevan dan mengharapkan alternatif baru yakni mozRank.. nampaknya di forum-forum IM aku terbaca ramai dah mula menjadikan MOZ rank sebagai penanda aras kekuatan dan kualiti website mereka.. yang mana selalu dikaitkan dengan DA iaitu Domain Authority.. maybe ramai give up kot dah berbulan-bulan tak update itu PR toolbar.. apa-apa pun kita tunggu saja lah haha.. apa pun untuk ranking sesuatu website.. PR bukanlah satu penanda aras yang sangat penting.. website yang memilki PR n/a pun mampu menduduki takhta ranking pakcik Google

Tapi… ramai lagi masih mempercayai kuasa tarikan PR terutama apabila melibatkan kempen backlinks.. dari segi aspek penjanaan backlinks.. ramai lagi masih beranggapan PR yang tinggi memberikan value yang sangat tinggi kepada peningkatan authority sesuatu website.. dan ianya sememangnya menjadi salah satu faktor yang sangat penting apabila membicarakan sesuatu backlinks yang berkualiti.Rata-rata penyedia servis SEO masih menjadikan backlinks suatu kriteria utama dalam meningkatkan ranking sesuatu website.. walaupun banyak khabar angin atau rumors yang mengatakan SEO tidak lagi relevan atau pun SEO amat sukar dilakukan berikutan releasenya update-update terbaru, algorithm terbaru dari Google.. yakni melibatkan binatang ‘robot’ peliharaan mereka seperti Penguin update, Panda update, Hummingbird update.. dan terbaru dikatakan Penguin update 2.1 kini sudah dilancarkan di mana menyebabkan ramai penggiat IM jatuh ranking mereka di persada SERP.

Apa pun.. jangan meletakkan Google sebagai sumber terakhir trafik anda.. simply said.. don’t put eggs in one basket.Yahoo masih ada.. Bing masih ada.. walaupun mereka ini tidak popular mana.. atau hebat dan gah seperti Google.Tetapi sekurang-kurangnya mereka tidak kenakan algorithm yang terlalu ketat dan pelbagai update yang menyebabkan sesetengah IM give up dan mengharapkan sumber trafik dari lain seperti social media (facebook).Apa pun saranan aku.. lupakan saja mengenai PR.. tumpukan bab content.. on page SEO yang mantap.. dan juga kempen backlinks yang berterusan.

Facebook comments: